Pages

Tuesday, June 28, 2011

Monday, June 27, 2011

Sebuah Keluarga..


Tahniah kepada semua PRS2K dan pelajar KKCP yang sudi meluangkan masa join program di RSG IDEAL TRAINING CENTRE pada 21-23 Jun yang lepas..Harap suma enjoy..!! Saya mohon maaf sangat kepada adik-adik saya yang terpaksa mengikuti kursus lain pada tarikh tersebut..banyak kekangan sebelum program yang terpaksa diselesaikan..dan tarikh ni sahaja yang paling sesuai..Kita meluangkan masa untuk pembangunan diri lebih baik daripada pergi melancong...Sementara masih bergelar pelajar, masa-masa ini sangat berharga utk kita sama-sama mentransform diri kepada lebih baik..sebagai HambaNya, seorang anak, sebagai pelajar n masyarakat..Bila semua dah masuk dunia pekerjaan, saat-saat mcm ni sangat sukar utk didapati..masing-masing dengan komitmen masing-masing..teruja dengan semangat yang kalian tunjukkan...sporting..n sempoi..Kita PRS2K di bawah Unit Psikologi dan Kerjaya umpama sebuah keluarga..tempat bercerita..tempat berkongsi cerita dan sudah tentu tempat memupuk kasih sayang..maklumla..bila berasingan dengan mak ayah..hujung minggu baru jumpa..sinilah tempat mengadu..cehwah..
Lantikan PRS2K yang baru akan dibuat tak lama lagi..kepada PRS2K yang lama, sijil anda akan diberikan semasa hari konvo nanti ye..terima kasih atas sumbangan kalian dalam PRS2K..bagi PRS2K JUNIOR yang lain..tiba masa utk anda menjadi senior pulak..beri contoh yang terbaik kepada adik-adik..menjadi teman dan menerima junior baru tanpa syarat...TERIMA KASIH SEMUA...