Pages

Sunday, August 21, 2011

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri semua...
semoga adik2 semua beraya dengan kesyukuran kerana kejayaan adik2 BERPUASA, beramal soleh, bersedekah, membaca Al-Quran, SOLAT TAK TINGGAL...dan berjaya mengawal hawa nafsu di Bulan Ramadhan...Semua perkara yang wajib kt laksanakan sebagai hambaNya yang soleh dan solehah dapat diperbaiki dan ditingkatkan...dlam proses membantu kawan2...kita kena bantu diri terlebih dahulu...bagaimana? salah satunya..mendekatkan diri dengan Allah...berakhlak mulia..menjaga tutur kata, sikap....tugas pemimpin dan pembimbing bukan mudah adik2..bukan hanya nak berseronok..tapi jadikan PRS2K ni sebagai platform untuk adik2 berubah dan berjaya dalam hidup adik2..tanpa melupakan tanggungjawab kepada Allah, Rasul, Mak Ayah, Keluarga, Kawan2, dan Masyarakat keliling... :-)

Monday, August 15, 2011

Kuih- Kuih Ramadhan...

kuih2 di PARAM
Kuih Paling Gangster= Kuih Lompat Tikam
Kuih Paling Sexy= Puteri Mandi
Kuih Paling Keji= Taik Itik
Kuih Bajet Cute= Cek Mek Molek
...Kuih untuk Awet Muda= Seri Muka
Kuih Paling Alim= Kuih Ketayap
Kuih Penyakit Lelaki Kronik= Batang Buruk
Kuih Suka Pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam Zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampret
Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi= Kuih Bau-Lu
Kuih Paling Lembab= Kuih Siput
Kuih 1Malaysia= Kuih telinga Keling

Tahniah..Senarai PRS2K Sesi Julai 2011

TAHNIAH kepada semua PRS2K yang baru dilantik dan lama.. Selamat membina ukhuwah dan selamat menjadi ahli keluarga PRS2K yang baru..semoga dengan perlantikan yang dibuat ini dapat menjadi platform perubahan diri dan lebih bersedia untuk menjadi pendengar dan rakan yang baik untuk rakan-rakan.
Perlantikan kali ini dibuat lebih ramai dan diharapkan jumlah yang dilantik ini dapat memberikan komitmen yang baik seperti semester yaang sebelumnya. Perjumpaan mingguan PRS2K lebih kepada perkongsian dan komunikasi dalam sebuah keluarga disamping menjalankan aktiviti-aktiviti pendek untuk pembaikan diri.
Antara SYARAT menjadi PRS2K yang diberitahu semasa sesi temuduga ialah : BANTU DIRI..BINA SAHSIAH DAN CONTOH YANG BAIK KEPADA RAKAN-RAKAN SEBELUM BERSEDIA MEMBANTU RAKAN...
Kita bukan superhero/superwoman yang boleh menyelesaikan masalah...kita hanya membantu menjadi pendengar yang baik dan memberi dorongan kepada rakan-rakan serta sebagai mata dan telinga bagi unit psikologi dan kerjaya..
Kehadiran kalian juga amat diperlukan dalam menjayakan program-program pembangunan diri dan pembentukan sahsiah/disiplin yang baik di kolej...Semoga sumbangan tenaga ini dapat membantu diri kalian dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan seterusnya membina penampilan diri yang baik di masa hadapan...I/Allah kita cuba rancangkan kem kepimpinan dan kemahiran asas menolong kita September ini..dan komitmen kalian amat diharapkan...tahniah sekali lagi...:-)

Kem Semarak Ramadhan


Cepatnya Ramadhan berlalu..dah 15 hari berpuasa..Alhamdulillah kem yang dirancang pada 12-13 Ramadhan berjalan lancar..kepada semua pelajar semester 4 tahniah dan terima kasih..semoga segala perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan sebaiknya...Ramadhan kali ni..berbuka..bersahur..qiamullail..tido di kolej...semoga menjadi kenangan bersama-sama rakan seperjuangan yang lain.....
PRS2K yang saya kasihi..
terima kasih kerana sanggup mengobankan masa cuti kalian untuk berbakti kepada kolej..dan membantu dalam kem ini..terima kasih semua..(tiba-tiba terkenang PRS2K yang semester lepas)..Henny, Fendi, Fizi, Satish, Nad, Bulan, Fiqa, Wani...Shah...rindu y'all..