Pages

Tuesday, November 15, 2011

Cepatnya 2011

Sedar tak sedar dah nak abis tahun 2011..rasa cepat sangat..Maaf sangat kepada semua PRS2K yang saya kasihi sbb kekangan masa saya di kolej..Program bertimbun2 akhir tahun ni..kejap kat sana..kejap kat sini..abis satu Malaysia dah jelajah..
Bila agaknya dapat kita buat malam gemilang kita ye..saya teringin tgk kalian berlakon, menari n menyanyi lagi..hihi...I/Allah utk cenderahati kalian tahun ni..saya cuba dapatkan di Beijing..
Terasa sayang untuk meninggalkan kalian yang comel2 n sporting2 ni..harapnya hubungan kita tidak berakhir walaupun saya ke tempat lain nanti.. :-) sedih lak..

Monday, October 31, 2011

Kem Oasis Kepimpinan PRS2K Bil 2 / 2011

Pahang..kami menyerang..Alhamdulillah akhirnya kem kt dapat diadakan dengan jayanya..masing2 dapat pengalaman baru..diharapkan pengalaman yang diberikan membantu kalian PRS2K lebih berani, yakin, tahan lasak, dan yang paling penting self-esteem kalian makin bertambah..sebagai pembimbing rakan siswa, penampilan dan komunikasi yang baik sangat perlu supaya rakan2, para pensyarah dan pentadbiran kolej yakin dengan kemampuan dan kebolehan kalian.. terima kasih kepada semua pensyarah dan admin yang terlibat sebagai fasilitator program.. walaupun jadual padat smpai tgh malam..kalian tetap bertahan..dan syabas diucapkan kepada miss leann, cik masyi, hjh farizan, k.rus, k.ida, izan, diana, dan paling utama abng oth dan abng man..yang maintain gagah membawa kami yang ramai ni..Terima kasih juga d'ambang resort kerana pakej dan layanan terbaik yang diberikan..panjang umur kt jmpa lagi...

Friday, September 30, 2011

Peluang Besar

salam adik2 PRS2K semua...

Tahniah kepada Alif @ Kak Limah jadi YDP PRS2K..Tahniah juga Farah sebagai NYDP..DAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG sesi yang lepas....
Tahniah juga kepada SEMUA PRS2K yang lain....Jalankan tanggungjawab kalian sehabis baik..jadi contoh tauladan pada semua..tak kira la..senior atau bukan..bantu Unit Psikologi membentuk peribadi dan sahsiah baik pelajar2 di kolej..Walaupun ada perkara atau hak kita dinafikan oleh individu yang 'kekurangan sesuatu'..ada peluang yang lebih besar menanti kalian..GOOD LUCK dalam pertandingan minggu depan..Semoga peluang dan pengalaman yang didapati membantu kalian dalam bidang yang dipilih..jadilah kebanggaan k.eila seperti semester lepas..TAHNIAH!!

Sunday, September 11, 2011

MESYUARAT DAN JAMUAN AIDILFITRI PRS2K

MESYUARAT DAN JAMUAN AIDILFITRI PRS2K AKAN DIADAKAN PADA 22 SEPTEMBER KHAMIS DI UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA...
SALAM PERKENALAN DAN AIDILFITRI...

Yakin Diri dan Berani Mencuba

Tahniah kepada semua yang berani mencuba..walaupun pertama kali dan terburu-buru..tak cukup persediaan..tapi kalian berani..ni baru best...yaya hebat bagitau..'TERBAIKKK' ..sebagai PRSK2 perasaan gentar atau malu dalam diri kena buang jauh2...(malu kena pada tempatnya..)...Kita berjumpa lagi di oasis kepimpinan PRS2K Wilayah Perak, Oktober ini I/Allah...
Perjumpaan dan mesyuarat akan diadakan pada Khamis, 15 September 2011..Selamat datang PRS2K baru...saya harapkan semua kita dapat bersatu dan bekerjasama spt satu family..

Sunday, August 21, 2011

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri semua...
semoga adik2 semua beraya dengan kesyukuran kerana kejayaan adik2 BERPUASA, beramal soleh, bersedekah, membaca Al-Quran, SOLAT TAK TINGGAL...dan berjaya mengawal hawa nafsu di Bulan Ramadhan...Semua perkara yang wajib kt laksanakan sebagai hambaNya yang soleh dan solehah dapat diperbaiki dan ditingkatkan...dlam proses membantu kawan2...kita kena bantu diri terlebih dahulu...bagaimana? salah satunya..mendekatkan diri dengan Allah...berakhlak mulia..menjaga tutur kata, sikap....tugas pemimpin dan pembimbing bukan mudah adik2..bukan hanya nak berseronok..tapi jadikan PRS2K ni sebagai platform untuk adik2 berubah dan berjaya dalam hidup adik2..tanpa melupakan tanggungjawab kepada Allah, Rasul, Mak Ayah, Keluarga, Kawan2, dan Masyarakat keliling... :-)

Monday, August 15, 2011

Kuih- Kuih Ramadhan...

kuih2 di PARAM
Kuih Paling Gangster= Kuih Lompat Tikam
Kuih Paling Sexy= Puteri Mandi
Kuih Paling Keji= Taik Itik
Kuih Bajet Cute= Cek Mek Molek
...Kuih untuk Awet Muda= Seri Muka
Kuih Paling Alim= Kuih Ketayap
Kuih Penyakit Lelaki Kronik= Batang Buruk
Kuih Suka Pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam Zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampret
Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi= Kuih Bau-Lu
Kuih Paling Lembab= Kuih Siput
Kuih 1Malaysia= Kuih telinga Keling

Tahniah..Senarai PRS2K Sesi Julai 2011

TAHNIAH kepada semua PRS2K yang baru dilantik dan lama.. Selamat membina ukhuwah dan selamat menjadi ahli keluarga PRS2K yang baru..semoga dengan perlantikan yang dibuat ini dapat menjadi platform perubahan diri dan lebih bersedia untuk menjadi pendengar dan rakan yang baik untuk rakan-rakan.
Perlantikan kali ini dibuat lebih ramai dan diharapkan jumlah yang dilantik ini dapat memberikan komitmen yang baik seperti semester yaang sebelumnya. Perjumpaan mingguan PRS2K lebih kepada perkongsian dan komunikasi dalam sebuah keluarga disamping menjalankan aktiviti-aktiviti pendek untuk pembaikan diri.
Antara SYARAT menjadi PRS2K yang diberitahu semasa sesi temuduga ialah : BANTU DIRI..BINA SAHSIAH DAN CONTOH YANG BAIK KEPADA RAKAN-RAKAN SEBELUM BERSEDIA MEMBANTU RAKAN...
Kita bukan superhero/superwoman yang boleh menyelesaikan masalah...kita hanya membantu menjadi pendengar yang baik dan memberi dorongan kepada rakan-rakan serta sebagai mata dan telinga bagi unit psikologi dan kerjaya..
Kehadiran kalian juga amat diperlukan dalam menjayakan program-program pembangunan diri dan pembentukan sahsiah/disiplin yang baik di kolej...Semoga sumbangan tenaga ini dapat membantu diri kalian dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan seterusnya membina penampilan diri yang baik di masa hadapan...I/Allah kita cuba rancangkan kem kepimpinan dan kemahiran asas menolong kita September ini..dan komitmen kalian amat diharapkan...tahniah sekali lagi...:-)

Kem Semarak Ramadhan


Cepatnya Ramadhan berlalu..dah 15 hari berpuasa..Alhamdulillah kem yang dirancang pada 12-13 Ramadhan berjalan lancar..kepada semua pelajar semester 4 tahniah dan terima kasih..semoga segala perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan sebaiknya...Ramadhan kali ni..berbuka..bersahur..qiamullail..tido di kolej...semoga menjadi kenangan bersama-sama rakan seperjuangan yang lain.....
PRS2K yang saya kasihi..
terima kasih kerana sanggup mengobankan masa cuti kalian untuk berbakti kepada kolej..dan membantu dalam kem ini..terima kasih semua..(tiba-tiba terkenang PRS2K yang semester lepas)..Henny, Fendi, Fizi, Satish, Nad, Bulan, Fiqa, Wani...Shah...rindu y'all..



Thursday, July 28, 2011

Temuduga PRS2K....

Alhamdulillah sebanyak 48 permohonan PRS2K..dah selesai separuh pertama temuduga..macam-macam ragam..macam-macam aksi..kena berlakon, kena menyanyi, kena menari...aduhai..tahniah kepada yang sporting dan berani mencuba.
Sesi temuduga ini akan berterusan sehingga
02 OGOS, SELASA
jam 2.00 hingga 5.30 petang.

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya

Tuesday, June 28, 2011

Monday, June 27, 2011

Sebuah Keluarga..


Tahniah kepada semua PRS2K dan pelajar KKCP yang sudi meluangkan masa join program di RSG IDEAL TRAINING CENTRE pada 21-23 Jun yang lepas..Harap suma enjoy..!! Saya mohon maaf sangat kepada adik-adik saya yang terpaksa mengikuti kursus lain pada tarikh tersebut..banyak kekangan sebelum program yang terpaksa diselesaikan..dan tarikh ni sahaja yang paling sesuai..Kita meluangkan masa untuk pembangunan diri lebih baik daripada pergi melancong...Sementara masih bergelar pelajar, masa-masa ini sangat berharga utk kita sama-sama mentransform diri kepada lebih baik..sebagai HambaNya, seorang anak, sebagai pelajar n masyarakat..Bila semua dah masuk dunia pekerjaan, saat-saat mcm ni sangat sukar utk didapati..masing-masing dengan komitmen masing-masing..teruja dengan semangat yang kalian tunjukkan...sporting..n sempoi..Kita PRS2K di bawah Unit Psikologi dan Kerjaya umpama sebuah keluarga..tempat bercerita..tempat berkongsi cerita dan sudah tentu tempat memupuk kasih sayang..maklumla..bila berasingan dengan mak ayah..hujung minggu baru jumpa..sinilah tempat mengadu..cehwah..
Lantikan PRS2K yang baru akan dibuat tak lama lagi..kepada PRS2K yang lama, sijil anda akan diberikan semasa hari konvo nanti ye..terima kasih atas sumbangan kalian dalam PRS2K..bagi PRS2K JUNIOR yang lain..tiba masa utk anda menjadi senior pulak..beri contoh yang terbaik kepada adik-adik..menjadi teman dan menerima junior baru tanpa syarat...TERIMA KASIH SEMUA...

Wednesday, May 18, 2011

Kebanggaan

Salam PRS2K semua...Good Luck untuk final...selamat bercuti..tanamkan semangat baru buka semester ni ye..Bagi semester 4, bersedia utk transformasi diri..bersedia untuk mula mencipta kerjaya...bersedia utk ke peringkat lebih tinggi..Saya doakan semua berjaya..Berbangga dengan pencapaian kalian dalam PRS2K..dalam aktiviti kolej dan aktiviti luar bersama IPT lain..teruskan GK DAN GG anda..Kuasa dan Glamer bukan segalanya..tapi jika kita manfaat kedua2 nya dengan bijak..dengan sahsiah yang baik..dengan hati dan niat yang ikhlas...saya yakin anda semua akan mendapat kepuasan dalam hidup anda...JADILAH ROLE MODEL TERBAIK..saya slalu ingatkan..kejayaan anda di pentas tak menjamin anda untuk terus maju dalam hidup andai disiplin dan sahsiah diri OUT...Bantulah diri anda spya anda dapat membantu rakan-rakan anda yang lain...GOOD LUCK PRS SEMUA!!!

Sunday, May 8, 2011

PROGRAM KELESTARIAN INSAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Berprogram di Eagle Park, Bukit Air Perlis...semua dtg kuliah ISNIN ye...sama-sama kita melayan mata yang mengantuk ni...thanks PRS2K semua atas sumbangan lagu n keychain yang cntik tu..nnti kt celebrate ye..(shah..book kfc tgkat 2 ye..)...Misi seterusnya yang dirancang dalam bus, akan kt laksanakan...peringkat wilayah..kami PPSI wilayah akan usulkan bagi pihak PRS2K..antar paper work ye...(fiqah...s/u tetap tak berpencen...maintain senyum ya..:-)...
Ingat semula..kejayaan di atas pentas..dengan persaingan yang tak brapa nak sihat..tak penting..yang penting mcm mana kalian 'menjual diri' kalian di pasaran...jadi insan yang berhati mulia...berakhlak..itu lagi penting..baru diri dihormati...Good Luck semua utk exam yang akan dtg...

Wednesday, April 13, 2011

Mendung tak beerti hujan..

Alhamdulillah semua cabaran dapat diatasi..walaupun sedikit terguris perasaan..cuit-cuit manja..saya mohon maaf kepada semua PRS2K yang saya kasihi..saya sedang berusaha mempertahankan kegemilangan kita semua..kerjasama kalian yang komited saya sangat hargai..bersama-sama saya walaupun ada sesuatu yang terhalang...harapan semoga halangan yang timbul dapat diatasi bersama-sama..HATI SEPUTIH SALJU...menjadi terbaik antara yang terbaik...bersihkan hati..betulkan niat..ikhlaskan diri...tingkatkan usaha...semoga kita dapat menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat...Terima kasih ayahanda Zamri yang sentiasa menyokong dan mengambil berat..PRS2K sangat menghargainya...banyak perkara lagi yang belum saya belajar..baru mula bertatih..diharapkan sokongan semua pihak dan dikurangkan anasir-anasir jahat yang tidak senang melihat kesenangan orang lain...BERUSAHALAH, JANGAN BERPUAS HATI SEHINGGA YANG BAIK MENJADI LEBIH BAIK DAN YANG LEBIH BAIK MENJADI PALING BAIK (Larry Bielat).

Monday, March 28, 2011

Budaya Sihat

Budaya sihat? Apa yang cuba saya sampaikan pada adik-adik PRS2K yang tersayang semua bukanlah hanya fokus kepada senaman sihat, makanan berkhasiat..tapi attitude diri..sebagai PRS2K suka untuk saya sampaikan supaya menjadi role model..miliki hati yang baik..tahniah..kebanyakan kalian ada jiwa tersebut..saya sangat berbangga..walaupun keadaan kita difitnah, disabotaj, atau macam-macam bentuk penganiayaan yang lain..saya minta kekalkan tahap kesabaran yang tinggi dalam diri..hari ini kita ditindas, semoga ada kebahagiaan menanti di hari depan..bukannya membalas sama seperti mereka yang rendah mentaliti dan moral..sikap baik yang ada kekalkan..jangan kerana tekanan luar daripada mereka menjadikan kita seperti mereka..Setiap perbuatan kita ada timbal balasnya. Apabila mereka mengatakan kita kumpulan yaang baik dan bagus, kita seharusnya berbangga dan kekalkan imej tersebut. Jauhkan diri kalian dengan parasit-parasit di luar sana yang mengambil kesempatan ke atas kalian. Tegas bertindak ..bukan agresif tanpa hala...Amalkan prinsip "Saya OK, Anda OK"..Pesanan ibu saya "berbuat baik..dibalas baik..tapi sekiranya sebaliknya anggap sahaja itu kifarah dosa dan perbuatan tersebut akan ada pembalasannya, bukan daripada kita..tapi Allah yang Maha Berkuasa membalasnya.." Pasti ada sesuatu yang akan ditunjukkan..Buat PRS2K tersayang sekalian, saya dalam proses menjayakan sesuatu..dan saya perlukan bantuan kalian..Berbagai cara kita boleh fikirkan untuk majukan diri kita.., daripada berfikir bersaing yang tidak sihat..saling nak bertanding siapa yang hebat, sedangkan nilainya zero...Apa yang hebat? Hebat sangatkah?..Kita bangunkan moral, kita bangunkan attitude, jelaskan kembali tujuan kita di KKCP ini...kita jadikan KKCP sebagai platform untuk kita lebih maju..belajar sesuatu..nilai sebagai manusia...itu lebih bermakna..itu kejayaan terbesar dalam diri kita..Mereka yang berbangga dengan perkara-perkara yang 'TAK BERMAKNA' itu sebenarnya sangat kasihan..bantulah mereka membangunkan nilai murni dalam diri mereka..Saya sayangkan kalian seperti adik-adik saya, doakan saya dapat berbuat sesuatu untuk kalian di sini..Kita usaha bersama-sama..Terima kasih atas komitmen kalian..terima kasih atas sokongan kalian..terima kasih kerana bertahan dengan anasir jahat yang ada...terima kasih semua..PRS2K HEBAT...SAYA BANGGA...

Sunday, March 20, 2011

Kami Terjah Anda, Kami Bantu Anda

Salam semua PRS2K yang disayangi...

Perjumpaan berikutnya 24 Mac 2011 (Khamis), kita akan merancang satu misi...melibatkan pembongkaran "rahsia" rakan-rakan kita di KKCP. Motif utama misi ini adalah untuk melihat pola tingkah laku dan masalah yang kerapkali melanda rakan-rakan kita ini. Melalui pembongkaran ini, kita usahakan langkah kawalan dan strategi tindakan yang boleh diambil. Jangan risau, kalian akan dilatih dengan kaedah dan strategi mengenalpasti masalah yang telah lama bersarang di KKCP ini. Kalian seterusnya akan lebih jelas tentang peranan kalian dalam usaha membantu diri untuk membantu rakan lain. Kita Terjah Mereka, Kita Bantu Mereka. Kerjasama semua sangat diharapkan dalam menjayakan misi ini.

Perlantikan Jentera-Jentera UPK



Thursday, March 17, 2011

SABAR

Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda.
Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!

Put your chin up and smile.

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, yakinlah yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu.


Friday, March 11, 2011

Tahniah..

Assalamu'alaikum w.b.t.

Setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan PRS2K Kolej Komuniti Chenderoh bagi sesi Januari 2011 yang telah dilantik. Semoga kalian dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan adil dan saksama. Tidak lupa juga tentang kepentingan akademik kita. Selaku warga kolej, kita juga inginkan yang terbaik untuk diri kita tetapi ingatlah bahawa perancangan Allah itu lebih agung daripada perancangan kita. Istighfar jika dikurniakan amanah yang berat ini, takut diri hilang pertimbangan semasa membuat sebarang keputusan. Jadilah contoh yang terbaik dengan personaliti yang menyenangkan orang lain. Saya yakin PRS2K yang dilantik ini memiliki pelbagai keistimewaan yang tersendiri dan saya akui tanpa kalian, program-program yang dirancang tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya kagum dengan semangat dan kerjasama kalian. Terima kasih kerana sumbangan tenaga dan masa kalian untuk Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Komuniti Chenderoh. Penghargaan juga buat En. Muhammad Zamri Bin Hashim kerana tanpa beliau PRS2K ini masih belum wujud di KKCP. Semoga PRS2K yang dilantik ini dapat membantu dan menjadi role model kepada pelajar lain.

Sekian.

Bahaya Fitnah..

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah."

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah.....Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

Thursday, March 10, 2011

IKRAR

PEMBIMBING RAKAN SISWA

KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH PERAK

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Kami PEMBIMBING RAKAN SISWA KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH PERAK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA sesi Januari 2011 dengan ini berikrar akan :

  • Menjalankan tugas dengan dedikasi, komited dan memperbaiki diri dari masa ke semasa.
  • Menerima rakan tanpa syarat.
  • Bersedia dan rela membantu rakan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
  • Menjadi rakan sebaya yang peka kepada perasaan orang lain dan sekeliling.
  • Menjadi ahli masyarakat yang penyayang, prihatin serta mengambil berat terhadap rakan – rakan yang memerlukan pertolongan.
  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Sebagai khidmat sokongan dan membantu menggerakkan perkhidmatan Psikologi dan Kerjaya Kolej Komuniti Chenderoh Perak.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri sendiri.Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.

Sunday, March 6, 2011

Lapangkanlah Hati Ini

''Eh, ada mesej baru, masuk.''

''Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyaya ng. Sesungguhnya perasaan riyak itu merupakan syirik kecil yang tanpa disedari, sering terjadi bilamana...''

''La, mesej pasal agama lagi! Aku dah agak dah, tak habis-habis nak membebel lagi dia ni. Ish, bosan betul laa! Tak de benda lain ke? Malas betul la aku nak layan dia ni, buat rugi masa, jiwa dan tenaga aku je. Baik aku layan benda lain, lagi best. Taklah buang masa aku cam ni.''

Duhai diri, sungguh rugi jika ini yang tergambar di dalam hati dan dibuktikan dengan perlakuan bila ada diantara saudara seislam yang memberitahu tentang ilmu agama.

''Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(Al-'Asr: 1-3)

Terimalah kebenaran itu walau dari manapun datangnya.

selanjutnya...http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1802-lapangkanlah-hati-ini.html

Personality Test

Kenali Siapa Anda
Potensi Anda
Semangat Anda
Kesukaan Anda
Minat Anda
Jiwa Anda
http://www.teachersrock.net/personaliti.htm

Thursday, March 3, 2011

PRS2K Bersama Komuniti


Bersua Di Sini....

PENGENALAN PRS2K

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS2K)

Sebagai PRS2K anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS2K iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain’. Dalam usaha meningkatkan rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri segi ilmu pengetahuan,perlakuan, perhubungan,kreativiti dan keimanan.

Prinsip PRS2K

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

Peranan Anda Sebagai PRS2K

  • Menjadi Rakan Yang Peka Kepada Perasaan Orang Lain Dan Keadaan Sekeliling.
  • Sebagai Khidmat Sokongan, Anda Membantu Menggerakkan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Kolej.
  • Sebagai Salah Satu Sumber Kepada Rakan Untuk Mendapatkan Bantuan.
  • Sebagai Pelajar Contoh Kepada Pelajar Lain.

Etika PRS2K

Sebagai PRS2K anda perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu:

  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Melapor kepada pegawai psikologi tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
  • Merujuk kes rumit kepada pegawai psikologi.
  • Mematuhi peraturan kolej, dan norma masyarakat dan agama.