Pages

Monday, March 28, 2011

Budaya Sihat

Budaya sihat? Apa yang cuba saya sampaikan pada adik-adik PRS2K yang tersayang semua bukanlah hanya fokus kepada senaman sihat, makanan berkhasiat..tapi attitude diri..sebagai PRS2K suka untuk saya sampaikan supaya menjadi role model..miliki hati yang baik..tahniah..kebanyakan kalian ada jiwa tersebut..saya sangat berbangga..walaupun keadaan kita difitnah, disabotaj, atau macam-macam bentuk penganiayaan yang lain..saya minta kekalkan tahap kesabaran yang tinggi dalam diri..hari ini kita ditindas, semoga ada kebahagiaan menanti di hari depan..bukannya membalas sama seperti mereka yang rendah mentaliti dan moral..sikap baik yang ada kekalkan..jangan kerana tekanan luar daripada mereka menjadikan kita seperti mereka..Setiap perbuatan kita ada timbal balasnya. Apabila mereka mengatakan kita kumpulan yaang baik dan bagus, kita seharusnya berbangga dan kekalkan imej tersebut. Jauhkan diri kalian dengan parasit-parasit di luar sana yang mengambil kesempatan ke atas kalian. Tegas bertindak ..bukan agresif tanpa hala...Amalkan prinsip "Saya OK, Anda OK"..Pesanan ibu saya "berbuat baik..dibalas baik..tapi sekiranya sebaliknya anggap sahaja itu kifarah dosa dan perbuatan tersebut akan ada pembalasannya, bukan daripada kita..tapi Allah yang Maha Berkuasa membalasnya.." Pasti ada sesuatu yang akan ditunjukkan..Buat PRS2K tersayang sekalian, saya dalam proses menjayakan sesuatu..dan saya perlukan bantuan kalian..Berbagai cara kita boleh fikirkan untuk majukan diri kita.., daripada berfikir bersaing yang tidak sihat..saling nak bertanding siapa yang hebat, sedangkan nilainya zero...Apa yang hebat? Hebat sangatkah?..Kita bangunkan moral, kita bangunkan attitude, jelaskan kembali tujuan kita di KKCP ini...kita jadikan KKCP sebagai platform untuk kita lebih maju..belajar sesuatu..nilai sebagai manusia...itu lebih bermakna..itu kejayaan terbesar dalam diri kita..Mereka yang berbangga dengan perkara-perkara yang 'TAK BERMAKNA' itu sebenarnya sangat kasihan..bantulah mereka membangunkan nilai murni dalam diri mereka..Saya sayangkan kalian seperti adik-adik saya, doakan saya dapat berbuat sesuatu untuk kalian di sini..Kita usaha bersama-sama..Terima kasih atas komitmen kalian..terima kasih atas sokongan kalian..terima kasih kerana bertahan dengan anasir jahat yang ada...terima kasih semua..PRS2K HEBAT...SAYA BANGGA...

Sunday, March 20, 2011

Kami Terjah Anda, Kami Bantu Anda

Salam semua PRS2K yang disayangi...

Perjumpaan berikutnya 24 Mac 2011 (Khamis), kita akan merancang satu misi...melibatkan pembongkaran "rahsia" rakan-rakan kita di KKCP. Motif utama misi ini adalah untuk melihat pola tingkah laku dan masalah yang kerapkali melanda rakan-rakan kita ini. Melalui pembongkaran ini, kita usahakan langkah kawalan dan strategi tindakan yang boleh diambil. Jangan risau, kalian akan dilatih dengan kaedah dan strategi mengenalpasti masalah yang telah lama bersarang di KKCP ini. Kalian seterusnya akan lebih jelas tentang peranan kalian dalam usaha membantu diri untuk membantu rakan lain. Kita Terjah Mereka, Kita Bantu Mereka. Kerjasama semua sangat diharapkan dalam menjayakan misi ini.

Perlantikan Jentera-Jentera UPK



Thursday, March 17, 2011

SABAR

Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda.
Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!

Put your chin up and smile.

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, yakinlah yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu.


Friday, March 11, 2011

Tahniah..

Assalamu'alaikum w.b.t.

Setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan PRS2K Kolej Komuniti Chenderoh bagi sesi Januari 2011 yang telah dilantik. Semoga kalian dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan adil dan saksama. Tidak lupa juga tentang kepentingan akademik kita. Selaku warga kolej, kita juga inginkan yang terbaik untuk diri kita tetapi ingatlah bahawa perancangan Allah itu lebih agung daripada perancangan kita. Istighfar jika dikurniakan amanah yang berat ini, takut diri hilang pertimbangan semasa membuat sebarang keputusan. Jadilah contoh yang terbaik dengan personaliti yang menyenangkan orang lain. Saya yakin PRS2K yang dilantik ini memiliki pelbagai keistimewaan yang tersendiri dan saya akui tanpa kalian, program-program yang dirancang tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya kagum dengan semangat dan kerjasama kalian. Terima kasih kerana sumbangan tenaga dan masa kalian untuk Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Komuniti Chenderoh. Penghargaan juga buat En. Muhammad Zamri Bin Hashim kerana tanpa beliau PRS2K ini masih belum wujud di KKCP. Semoga PRS2K yang dilantik ini dapat membantu dan menjadi role model kepada pelajar lain.

Sekian.

Bahaya Fitnah..

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah."

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah.....Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

Thursday, March 10, 2011

IKRAR

PEMBIMBING RAKAN SISWA

KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH PERAK

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Kami PEMBIMBING RAKAN SISWA KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH PERAK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA sesi Januari 2011 dengan ini berikrar akan :

  • Menjalankan tugas dengan dedikasi, komited dan memperbaiki diri dari masa ke semasa.
  • Menerima rakan tanpa syarat.
  • Bersedia dan rela membantu rakan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
  • Menjadi rakan sebaya yang peka kepada perasaan orang lain dan sekeliling.
  • Menjadi ahli masyarakat yang penyayang, prihatin serta mengambil berat terhadap rakan – rakan yang memerlukan pertolongan.
  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Sebagai khidmat sokongan dan membantu menggerakkan perkhidmatan Psikologi dan Kerjaya Kolej Komuniti Chenderoh Perak.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri sendiri.Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.

Sunday, March 6, 2011

Lapangkanlah Hati Ini

''Eh, ada mesej baru, masuk.''

''Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyaya ng. Sesungguhnya perasaan riyak itu merupakan syirik kecil yang tanpa disedari, sering terjadi bilamana...''

''La, mesej pasal agama lagi! Aku dah agak dah, tak habis-habis nak membebel lagi dia ni. Ish, bosan betul laa! Tak de benda lain ke? Malas betul la aku nak layan dia ni, buat rugi masa, jiwa dan tenaga aku je. Baik aku layan benda lain, lagi best. Taklah buang masa aku cam ni.''

Duhai diri, sungguh rugi jika ini yang tergambar di dalam hati dan dibuktikan dengan perlakuan bila ada diantara saudara seislam yang memberitahu tentang ilmu agama.

''Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(Al-'Asr: 1-3)

Terimalah kebenaran itu walau dari manapun datangnya.

selanjutnya...http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1802-lapangkanlah-hati-ini.html

Personality Test

Kenali Siapa Anda
Potensi Anda
Semangat Anda
Kesukaan Anda
Minat Anda
Jiwa Anda
http://www.teachersrock.net/personaliti.htm

Thursday, March 3, 2011

PRS2K Bersama Komuniti


Bersua Di Sini....

PENGENALAN PRS2K

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS2K)

Sebagai PRS2K anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS2K iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain’. Dalam usaha meningkatkan rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri segi ilmu pengetahuan,perlakuan, perhubungan,kreativiti dan keimanan.

Prinsip PRS2K

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

Peranan Anda Sebagai PRS2K

  • Menjadi Rakan Yang Peka Kepada Perasaan Orang Lain Dan Keadaan Sekeliling.
  • Sebagai Khidmat Sokongan, Anda Membantu Menggerakkan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Kolej.
  • Sebagai Salah Satu Sumber Kepada Rakan Untuk Mendapatkan Bantuan.
  • Sebagai Pelajar Contoh Kepada Pelajar Lain.

Etika PRS2K

Sebagai PRS2K anda perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu:

  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Melapor kepada pegawai psikologi tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
  • Merujuk kes rumit kepada pegawai psikologi.
  • Mematuhi peraturan kolej, dan norma masyarakat dan agama.