Pages

Monday, August 15, 2011

Tahniah..Senarai PRS2K Sesi Julai 2011

TAHNIAH kepada semua PRS2K yang baru dilantik dan lama.. Selamat membina ukhuwah dan selamat menjadi ahli keluarga PRS2K yang baru..semoga dengan perlantikan yang dibuat ini dapat menjadi platform perubahan diri dan lebih bersedia untuk menjadi pendengar dan rakan yang baik untuk rakan-rakan.
Perlantikan kali ini dibuat lebih ramai dan diharapkan jumlah yang dilantik ini dapat memberikan komitmen yang baik seperti semester yaang sebelumnya. Perjumpaan mingguan PRS2K lebih kepada perkongsian dan komunikasi dalam sebuah keluarga disamping menjalankan aktiviti-aktiviti pendek untuk pembaikan diri.
Antara SYARAT menjadi PRS2K yang diberitahu semasa sesi temuduga ialah : BANTU DIRI..BINA SAHSIAH DAN CONTOH YANG BAIK KEPADA RAKAN-RAKAN SEBELUM BERSEDIA MEMBANTU RAKAN...
Kita bukan superhero/superwoman yang boleh menyelesaikan masalah...kita hanya membantu menjadi pendengar yang baik dan memberi dorongan kepada rakan-rakan serta sebagai mata dan telinga bagi unit psikologi dan kerjaya..
Kehadiran kalian juga amat diperlukan dalam menjayakan program-program pembangunan diri dan pembentukan sahsiah/disiplin yang baik di kolej...Semoga sumbangan tenaga ini dapat membantu diri kalian dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan seterusnya membina penampilan diri yang baik di masa hadapan...I/Allah kita cuba rancangkan kem kepimpinan dan kemahiran asas menolong kita September ini..dan komitmen kalian amat diharapkan...tahniah sekali lagi...:-)

No comments:

Post a Comment