Pages

Friday, March 11, 2011

Tahniah..

Assalamu'alaikum w.b.t.

Setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan PRS2K Kolej Komuniti Chenderoh bagi sesi Januari 2011 yang telah dilantik. Semoga kalian dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan adil dan saksama. Tidak lupa juga tentang kepentingan akademik kita. Selaku warga kolej, kita juga inginkan yang terbaik untuk diri kita tetapi ingatlah bahawa perancangan Allah itu lebih agung daripada perancangan kita. Istighfar jika dikurniakan amanah yang berat ini, takut diri hilang pertimbangan semasa membuat sebarang keputusan. Jadilah contoh yang terbaik dengan personaliti yang menyenangkan orang lain. Saya yakin PRS2K yang dilantik ini memiliki pelbagai keistimewaan yang tersendiri dan saya akui tanpa kalian, program-program yang dirancang tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya kagum dengan semangat dan kerjasama kalian. Terima kasih kerana sumbangan tenaga dan masa kalian untuk Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Komuniti Chenderoh. Penghargaan juga buat En. Muhammad Zamri Bin Hashim kerana tanpa beliau PRS2K ini masih belum wujud di KKCP. Semoga PRS2K yang dilantik ini dapat membantu dan menjadi role model kepada pelajar lain.

Sekian.

No comments:

Post a Comment