Pages

Thursday, March 3, 2011

Bersua Di Sini....

PENGENALAN PRS2K

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS2K)

Sebagai PRS2K anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS2K iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain’. Dalam usaha meningkatkan rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri segi ilmu pengetahuan,perlakuan, perhubungan,kreativiti dan keimanan.

Prinsip PRS2K

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

Peranan Anda Sebagai PRS2K

  • Menjadi Rakan Yang Peka Kepada Perasaan Orang Lain Dan Keadaan Sekeliling.
  • Sebagai Khidmat Sokongan, Anda Membantu Menggerakkan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Kolej.
  • Sebagai Salah Satu Sumber Kepada Rakan Untuk Mendapatkan Bantuan.
  • Sebagai Pelajar Contoh Kepada Pelajar Lain.

Etika PRS2K

Sebagai PRS2K anda perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu:

  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Melapor kepada pegawai psikologi tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
  • Merujuk kes rumit kepada pegawai psikologi.
  • Mematuhi peraturan kolej, dan norma masyarakat dan agama.

No comments:

Post a Comment